Khamis, 18 September 2008

Meeting di POLIMAS, Kedah

Bermula 17 Jun Hingga 19 Jun 2008 berlangsung mesyuarat Robot Soccer Di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah (POLIMAS). Tujuan meeting pada kali ini adalah berkaitan dengan persiapan pasukan Politeknik Ungku Omar yang akan mewakili Robot Soccer Malaysia ke China. Wakil daripada Politeknik Johor Bahru adalah En. Hairizan dan En. Izani. Tapi yang menghampakan adalah, diakhir meeting, dapat berita dari Putrajya yang kementerian tak jadi menghantar pasukan ke China kerana budget tiada. Takpe...cuba lagi tahun depan...

Tapi apa yang menarik lagi di sini adalah berkaitan dengan makmal Robot Soccer POLIMAS. Setakat ini, pada perhatian saya, makmal ini adalah yang tercantik berbanding dengan politeknik-politeknik yang lain. Lengkap dengan TV LCD besar lagi. Di bawah ini, adalah gambar2 yang sempat di ambil semasa di makmal tersebut.

Dan macam biasa, sempat lagi jalan-jalan n shopping...

Gambar dibawah ni antara gambar batu kristal yang menarik...harga setengah bulan gaji aku...hehehe... yang lain2 tu gambar2 masa di Padang Besar dan sempadan Malaysia-Thailand...

Selasa, 16 September 2008

Sejarah Robot Soccer Politeknik Malaysia, JPPKK

VICTO ROBOT SOCCER 3 VS 3


Robot Soccer Politeknik Malaysia di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 2007. Mesyuarat yang pertama telah diadakan di Hotel Puteri Resort di Ayer Keroh Melaka pada 19 – 23 Jun 2007.


8 buah Politeknik telah terpilih menjadi perintis untuk projek Robot Soccer ini iaitu Politeknik Johor Bahru (PJB), Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Seberang Prai (PSP), Politeknik Mu’adzam Shah (POLIMAS), Politeknik Kota Bahru (PKB), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan Politeknik Kota Kinabalu (PKK). Setiap Politeknik diwakili oleh 4 orang pensyarah. Pada mesyuarat kali pertama ini, kami telah diberi taklumat berkaitan tujuan dan hala tuju Robot Soccer ini.



Dalam masa yang sama juga, para pensyarah telah diajar cara mengendalikan Robot Soccer ini. 2 orang pensyarah daripada Politeknik Singapura telah dijemput untuk mengajar kami.





Pada hari terakhir mesyuarat ini, pertandingan persahabatan dan penyampaian sijil penyertaan telah diadakan.



Penyerahan sijil kepada aku


Penyerahan sijil kepada Zinvi Fu


Penyerahan hadiah kepada para pemenang:


Best Strategi : Politeknik Ungku Omar (PUO)


Tempat ke-3 : Politeknik Seberang Prai (PSP)

Tempat Ke-2 : Politeknik Mu'adzam Shah (POLIMAS)


Juara keseluruhan : Politeknik Johor Bahru (PJB)